Wednesday, 9 August 2017

# resepi

Resepi Cucur Kembung Viral

Assalamualaikum..

Apa khabar semua...

Hari ini Nana bangun awal tetiba teringin nak makan cucuq kembung viral tu..semua orang duk pakat buat kan..Nana pun saje la nak try jugak...Lagipun senang je nak buat..Boleh buat breakfast Nana n sahabat rumah..sedekah subuh orang kata..Takde duit..sedekah makanan atau tenaga kan boleh kan..betul x?

Resepi yang mudah..Nana tak ingat amik kat mana..sebab sebelum viral memang dah penah buat...Bahan-bahan pun simple..konfirm ada kat dapur korang..
                                           

BAHAN-BAHAN

2 Cawan Tepung Gandum
2 cawan Air Panas mendidih
3 sudu besar gula (kalau nak manis boleh tambah)
secubit garam
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA

1. Gabungkan Tepung, gula dan garam, kacau bagi serata.
2. Masukkan air panas mendidih, bukan air suam atau sejuk tapi air panas mendidih, masukkan ke dalam campuran tepung tadi sedikit demi sedikit, jangan sekali gus, nanti payah nak kacau.
3.Dah kacau sebati, agak2 la air tu..janji semua tepung dah masak dek air, jangan terlebih plak, sebab bergantung pada tepung jugak..nanti lembik plak cucuq kita tu..
4.Bila dah sejuk bancuhan tepung, basahkan tangan dengan sedikit air, bulat-bulatkan menjadi cucuq, letak atas pinggan, senang nak goreng.
5. Panaskan minyak,minyak kene banyak cukup sekadar untuk goreng cucuq bagi tenggelam, goreng cucuq tu sampai kekuningan,dan sedia diangkat.SIAP.

Tips*
1.Guna Air panas mendidih
2.Tangan kene basah untuk buat cucuq tu bulat-bulat
3.Goreng dalam minyak bagi cucuq tenggelam

Sebelum digoreng


Hasil selepas digoreng

Siap pun..jadilah..boleh buat bekal pi keja Nana dan housemate. Selamat Mencuba

xoxo
Sis Suka Masak

No comments:

Post a Comment

Follow Us @soratemplates