Kepentingan Nutrisi ketika Hamil
nana_chanteq
October 05, 2017
0 Comments
Assalamualaikum..
Bersawang dah ye blog Nana ni..erm...Maklumlah Nana sibuk dengan proses penghantaran tesis, kemudian..ditimpa kemalangan pula..tapi takpe..Allah nak bagi hikmah yang lebih besar..apalah sangat ujian yang kecil..betul tak?
Hari ini nana share mengenai nutrisi yang diperlukan ibu mengandung..jangan pandang ringan ye kepentingan nutrisi tambahan yang diperlukan oleh ibu mengandung..Bukan semua ibu mengandung mempunyai nafsu makan yang tinggi..di awal kehamilan, loya dan muntah mungkin akan mengurangkan selera makan ibu-ibu hingga mengakibatkan kekurangan nutrisi untuk ibu dan bayi.
Ada di antara ibu-ibu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sehingga menyebabkan berat badan naik berlebihan dan boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya sepeti GDM iaitu penyakit kencing manis ketika hamil.
Nak tau tak kenapa nutrisi begitu penting kepada ibu-ibu hamil terutamanya di awal kehamilan?
1. Asid Folik - Asid folik merupakan salah satu unsur vitamin B yang sangat penting pada awal kehamilan. Kalau wanita yang baru mendirikan rumah tangga dan merancang untuk hamil adalah digalakan mengambil asid folik di awal perkahwinan agar badan kita dah bersedia dengan asid folik bila hamil. Asid folik ni penting untuk pembentukan sel-sel baru dan mengurangkan risiko cacat otak dan saraf tunjang . Asid folik membantu pembentukan tiub neural di awal kehamilan, so sebab itu digalakkan mengambil asid folik jika kita merancang untuk hamil. Selain mengambil supplement yang dibekalkan oleh klinik atau beli di farmasi, sayur-sayuran hijau juga mempunyai kandungan folate yang tinggi dan sangat elok diambil setiap hari. TAPI pastikan masak sebaiknya, jangan diambil secara mentah tau.
2. Protien - Protien pun penting ketika proses kehamilan dan penyusuan anak. Ini kerana protien dapat membantu pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi ketika dalam kandungan seterusnya sehingga proses penyusuan bayi. Di awal kehamilan, protien diperlukan untuk membantu pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi. Selain itu juga, protien diperlukan untuk pembentukan plasenta, tisu-tisu amnion dan untuk penghasilan susu ibu. Sebab itulah, pengambilan protien mencukupi dapat membantu penghasilan susu yang mencukupi.
3. Kalsium- Kalsium juga merupakan nutrisi yang penting dan perlu diambil secukupnya oleh ibu-ibu hamil dan ibu menyusu bagi memastikan bayi dan ibu mempunyai tulang dan gigi yang kuat dan sihat. kalsium yang tidak mencukupi akan mengakibatkan ibu kekurangan kalsium harian kerana terpaksa membekalkan kepada bayi yang dikangdung atau disusukan. Kalsium yang mencukupi dapat mencegah masalah kekejangan otot, gusi berdarah, dan ketika kontraksi. selain dari produk tenusu, sayur-sayuran hijau juga mempunyai sumber kalsium tambahan.
4. Asid Lemak Omega-3 – Asid lemak Omega -3 merupakan nutrient penting yang diperlukan untuk kesihatan dan perkembangan badan. Ianya tidak boleh disintesis oleh badan dan perlu diambil melalui makanan tambahan atau pemakanan harian. ianya diperlukan untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang penting pengawalan proses fisiologi, mengawal emosi serta mengelakkan pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan keradangan. Omega-3 juga dikenali sebagai DHA yang merupakan nutrisi penting diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk pengambilan harian.
Ini baru sebahagian nutrisi yang penting tau, ada lagi seperti B complex dan zat besi yang sangat penting untuk pengekalan tekanan darah serta pertumbuhan bayi dalam kandungan.
Pemakanan yang seimbang dapat membantu ibu-ibu untuk terus kekal sihat bersama kandungan dan dapat mengurangkan masalah ketika kehamilan. Ada juga ibu-ibu yang kurang menitikberatkan pemakanan yang seimbang, seperti kurang mengambil buah-buahan serta sayuran hijau malah ada yang tidak minum susu langsung. Nana memang faham kalau ada ibu-ibu yang mengalami alahan teruk dan sukar menerima makanan.
Oleh itu, Nana sarankan pengambilan Set Kehamilan Shaklee bagi membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian. Set Kehamilan Shaklee yang lengkap dapat membekalkan nutrisi lengkap kepada ibu serta kandungan agar terus sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit.
Trimester Pertama dan Kedua
Vitamin C (Sustained Release)
- Antioksida
- Penghasilan Kolagen untuk pembentukan tulang, otot-otot serta tulang rawan fetus
- Meningkatkan sistem imun badan untuk mengawal penyakit dan jangkitan ibu dan anak
Bcomplex
- Menjaga kesihatan sistem saraf
- Mengawal emosi dan tekanan
- Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif yang membantu penyerapan asid folik
- Mempunyai 8 kumpulan vitamin B yang penting
Vitalea Iron Formula (Multivitamin)
- Mempunyai vitamin yang lengkap yang diperlukan tubuh badan
- Mempunyai 28 vitamin penting dan mineral yang diperlukan tubuh
- Mengelakkan masalah kekurangan zat besi (anemia)
- Mengurangkan masalah kelahiran pra matang
Ostematrix
- Menguatkan tulang
- Mengekalkan kepadatan tulang (mengelakkan masalah osteporosis
- Mengelakkan sakit pinggang dan masalah kaki kejang
- Melembutkan najis dan mengelakkan sembelit
- Mengelakkan masalah kuku rapuh, gusi berdarah, kebas dan kekejangan
- Membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi
ESP
- Dapat meningkatkan imuniti ibu mengandung
- Mengawal berat badan dan mengelakkan diabetes
- Membantu membentuk kulit gebu dan cantik
- Mengurangkan stretchmark
- Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik
- Memberikan tenaga tambahan sepanjang hari
- Membantu penghasilan susu selepas bersalin
Omega Guard (Tambahan semasa Trimester ke 2 dan 3 dan berhenti pada 32 minggu kehamilan)
- EPA menyokong organ
- Mengawal selera dan berat badan ibu
- Membantu perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat bayi
- Mencegah kelahiran pra matang
- Mencegah kemurungan dan depressi
- Mengurangkan risiko alergi bayi
Paling best, Set kehamilan Shaklee boleh diamalkan sehingga berpantang atau menyusu tau..
Perlukan Konsultasi lebih?
Jom Hubungi Nana untuk maklumat lanjut
FB Nana Juliana
WA http://www.wasap.my/60123972474
ID 1085771