Thursday, 5 October 2017

Kepentingan Nutrisi ketika Hamil

October 05, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Bersawang dah ye blog Nana ni..erm...Maklumlah Nana sibuk dengan proses penghantaran tesis, kemudian..ditimpa kemalangan pula..tapi takpe..Allah nak bagi hikmah yang lebih besar..apalah sangat ujian yang kecil..betul tak?

Hari ini nana share mengenai nutrisi yang diperlukan ibu mengandung..jangan pandang ringan ye kepentingan nutrisi tambahan yang diperlukan oleh ibu mengandung..Bukan semua ibu mengandung mempunyai nafsu makan yang tinggi..di awal kehamilan, loya dan muntah mungkin akan mengurangkan selera makan ibu-ibu hingga mengakibatkan kekurangan nutrisi untuk ibu dan bayi.

Ada di antara ibu-ibu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sehingga menyebabkan berat badan naik berlebihan dan boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya sepeti GDM iaitu penyakit kencing manis ketika hamil.

Nak tau tak kenapa nutrisi begitu penting kepada ibu-ibu hamil terutamanya di awal kehamilan?


1. Asid Folik - Asid folik merupakan salah satu unsur vitamin B yang sangat penting pada awal kehamilan. Kalau wanita yang baru mendirikan rumah tangga dan merancang untuk hamil adalah digalakan mengambil asid folik di awal perkahwinan agar badan kita dah bersedia dengan asid folik bila hamil. Asid folik ni penting untuk pembentukan sel-sel baru dan mengurangkan risiko cacat otak dan saraf tunjang . Asid folik membantu pembentukan tiub neural di awal kehamilan, so sebab itu digalakkan mengambil asid folik jika kita merancang untuk hamil. Selain mengambil supplement yang dibekalkan oleh klinik atau beli di farmasi, sayur-sayuran hijau juga mempunyai kandungan folate yang tinggi dan sangat elok diambil setiap hari. TAPI pastikan masak sebaiknya, jangan diambil secara mentah tau.






2. Protien - Protien pun penting ketika proses kehamilan dan penyusuan anak. Ini kerana protien dapat membantu pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi ketika dalam kandungan seterusnya sehingga proses penyusuan bayi. Di awal kehamilan, protien diperlukan untuk membantu pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi. Selain itu juga, protien diperlukan untuk pembentukan plasenta, tisu-tisu amnion dan untuk penghasilan susu ibu. Sebab itulah, pengambilan protien mencukupi dapat membantu penghasilan susu yang mencukupi.






3. Kalsium- Kalsium juga merupakan nutrisi yang penting dan perlu diambil secukupnya oleh ibu-ibu hamil dan ibu menyusu bagi memastikan bayi dan ibu mempunyai tulang dan gigi yang kuat dan sihat. kalsium yang tidak mencukupi akan mengakibatkan ibu kekurangan kalsium harian kerana terpaksa membekalkan kepada bayi yang dikangdung atau disusukan. Kalsium yang mencukupi dapat mencegah masalah kekejangan otot, gusi berdarah, dan ketika kontraksi. selain dari produk tenusu, sayur-sayuran hijau juga mempunyai sumber kalsium tambahan.





4. Asid Lemak Omega-3 – Asid lemak Omega -3 merupakan nutrient penting yang diperlukan untuk kesihatan dan perkembangan badan. Ianya tidak boleh disintesis oleh badan dan perlu diambil melalui makanan tambahan atau pemakanan harian. ianya diperlukan untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang penting pengawalan proses fisiologi, mengawal emosi serta mengelakkan pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan keradangan. Omega-3 juga dikenali sebagai DHA yang merupakan nutrisi penting diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk pengambilan harian.



Ini baru sebahagian nutrisi yang penting tau, ada lagi seperti B complex dan zat besi yang sangat penting untuk pengekalan tekanan darah serta pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Pemakanan yang seimbang dapat membantu ibu-ibu untuk terus kekal sihat bersama kandungan dan dapat mengurangkan masalah ketika kehamilan. Ada juga ibu-ibu yang kurang menitikberatkan pemakanan yang seimbang, seperti kurang mengambil buah-buahan serta sayuran hijau malah ada yang tidak minum susu langsung. Nana memang faham kalau ada ibu-ibu yang mengalami alahan teruk dan sukar menerima makanan. 

Oleh itu, Nana sarankan pengambilan Set Kehamilan Shaklee bagi membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian. Set Kehamilan Shaklee yang lengkap dapat membekalkan nutrisi lengkap kepada ibu serta kandungan agar terus sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit.



Trimester Pertama dan Kedua

Vitamin C (Sustained Release)
  • Antioksida
  • Penghasilan Kolagen untuk pembentukan tulang, otot-otot serta tulang rawan fetus
  • Meningkatkan sistem imun badan untuk mengawal penyakit dan jangkitan ibu dan anak

Bcomplex
  • Menjaga kesihatan sistem saraf
  • Mengawal emosi dan tekanan
  • Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif yang membantu penyerapan asid folik
  • Mempunyai 8 kumpulan vitamin B yang penting
Vitalea Iron Formula (Multivitamin)
  • Mempunyai vitamin yang lengkap yang diperlukan tubuh badan
  • Mempunyai 28 vitamin penting dan mineral yang diperlukan tubuh
  • Mengelakkan masalah kekurangan zat besi (anemia)
  • Mengurangkan masalah kelahiran pra matang

Ostematrix
  • Menguatkan tulang
  • Mengekalkan kepadatan tulang (mengelakkan masalah osteporosis
  • Mengelakkan sakit pinggang dan masalah kaki kejang
  • Melembutkan najis dan mengelakkan sembelit
  • Mengelakkan masalah kuku rapuh, gusi berdarah, kebas dan kekejangan
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi 
ESP

  • Dapat meningkatkan imuniti ibu mengandung
  • Mengawal berat badan dan mengelakkan diabetes
  • Membantu membentuk kulit gebu dan cantik
  • Mengurangkan stretchmark
  • Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik
  • Memberikan tenaga tambahan sepanjang hari
  • Membantu penghasilan susu selepas bersalin
Omega Guard (Tambahan semasa Trimester ke 2 dan 3 dan berhenti pada 32 minggu kehamilan)
  • EPA menyokong organ
  • Mengawal selera dan berat badan ibu
  • Membantu perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat bayi 
  • Mencegah kelahiran pra matang
  • Mencegah kemurungan dan depressi
  • Mengurangkan risiko alergi bayi

Paling best, Set kehamilan Shaklee boleh diamalkan sehingga berpantang atau menyusu tau..

Perlukan Konsultasi lebih?

Jom Hubungi Nana untuk maklumat lanjut

WA http://www.wasap.my/60123972474

ID 1085771




Wednesday, 9 August 2017

Resepi Cucur Kembung Viral

August 09, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Apa khabar semua...

Hari ini Nana bangun awal tetiba teringin nak makan cucuq kembung viral tu..semua orang duk pakat buat kan..Nana pun saje la nak try jugak...Lagipun senang je nak buat..Boleh buat breakfast Nana n sahabat rumah..sedekah subuh orang kata..Takde duit..sedekah makanan atau tenaga kan boleh kan..betul x?

Resepi yang mudah..Nana tak ingat amik kat mana..sebab sebelum viral memang dah penah buat...Bahan-bahan pun simple..konfirm ada kat dapur korang..
                                           

BAHAN-BAHAN

2 Cawan Tepung Gandum
2 cawan Air Panas mendidih
3 sudu besar gula (kalau nak manis boleh tambah)
secubit garam
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA

1. Gabungkan Tepung, gula dan garam, kacau bagi serata.
2. Masukkan air panas mendidih, bukan air suam atau sejuk tapi air panas mendidih, masukkan ke dalam campuran tepung tadi sedikit demi sedikit, jangan sekali gus, nanti payah nak kacau.
3.Dah kacau sebati, agak2 la air tu..janji semua tepung dah masak dek air, jangan terlebih plak, sebab bergantung pada tepung jugak..nanti lembik plak cucuq kita tu..
4.Bila dah sejuk bancuhan tepung, basahkan tangan dengan sedikit air, bulat-bulatkan menjadi cucuq, letak atas pinggan, senang nak goreng.
5. Panaskan minyak,minyak kene banyak cukup sekadar untuk goreng cucuq bagi tenggelam, goreng cucuq tu sampai kekuningan,dan sedia diangkat.SIAP.

Tips*
1.Guna Air panas mendidih
2.Tangan kene basah untuk buat cucuq tu bulat-bulat
3.Goreng dalam minyak bagi cucuq tenggelam

Sebelum digoreng


Hasil selepas digoreng

Siap pun..jadilah..boleh buat bekal pi keja Nana dan housemate. Selamat Mencuba

xoxo
Sis Suka Masak

Tuesday, 8 August 2017

Hilangkan Sun Burn, Jerawat dan Parut dengan berkesan

August 08, 2017 1 Comments
Benciinyaa....

Muka Nana burn sangat masa tolong suami berniaga di Carbooth Sale..sedih kan..Takpe la...asal dapat tolong suami..berjemur pun takpe..TAPIII..

Kulit nana jadi terbakar n berjeragat...huwaaa..nak nangis tengok..amik gambar pun tak cantik tau..tak caya tengok gambar..edit la camne pun..sama je hitam berkilat..tona tak sekata..




Kemudian Nana teringat yang ESP boleh bantu pudarkan jeragat n atasi masalah sunburn yang teruk..

Nana terus amalkan ESP minum n buat masker+yogurt, then consume secara consistent Vitamin C, kalau jerawat plak Nana tambah garlic as natural antibody..ESP selalu minuman 1 scoop je, Nana terus tukar 2@3 scoop sehari..minum pagi pun jadi kenyang..so boleh kurus..hahaha..

So hasilnya...ofkos la kulit makin ok..belum lagi flawless..SUNBURN HILANG, JERAWAT SEGAN nak naik, dalam pemulihan parut n jeragat skit2 lagi..tapi LEBIH BAIK dari sebelum ni..gambar latest tu..harini punya NO FILTER okiess..so tak malu dah nak upload gambar banyak2..senang nak mekap jugak tau..tak payah foundation tebal-tebal..NANA IS HAPPY😊


by nana chanteq

Bukan nana je dah cuba tau..banyak lagi testimoni best..macam kat bawah..


Set yang Nana cadangkan ESP+VIT C dan Garlic Complex kalau ada masalah jerawat..



Kalau ada kawan-kawan yang hadapi masalah yang sama jom contact Nana ye..

Hubungi Nana untuk maklumat lanjut

http://www.wasap.my/60123972474

Jangan biarkan masalah menyelubungi anda😉
👍Sihat dan selamat
👌Halal



Nana, Baby dan Set Hamil Shaklee

August 08, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Apa Khabar semua...Gigih Nana pagi-pagi update blog..Bukan apa Nana takut blog bersawang...Nana baru nak belajar kan...So kena la update hari-hari..baru lah banyak idea nak menulis..

Hari ni Nana nak share pasal ESP..My favourite drink ever..Kenapa nana cakap camtu? Sebab dah rasa perbezaan dia tau..Nana dah lama consume ESP ni..berbotol-botol dah..siap boleh buat tabung anak-anak..macam-macam nama tabung, TABUNG Adib, TABUNG Aisyah, Tabung Holiday, siap boleh buat tempat bekas milo la..tak rugi pun beli

Sebab Nana dah makan sejak mengandung anak pertama lagi..Masa tu alahan tak kuat sangat pun.. 3hari je kot..Mual-mual tak boleh makan n muntah-muntah..ESP memang tak boleh  nak telan...TAPI lepas seminggu tu..macam biasalah kan orang mengandung..sama macam mak-mak lain, berlaku perubahan hormon, jerawat, kulit kering, sampai hitam buku lali Nana sebab masalah kulit kering. Muka kusam, berat badan pun macam naik mendadak.

Bukan tu je, Nana mengalami masalah keletihan, maklumlah, tengah belajar sambung PhD kan, asyik nak tidur je..

Then, Nana pun godek-godek la nak cari supplement tambahan untuk Nana n baby..Lalu FB kawan Nana yang dulu ahli Shaklee juga but NOW dah jadi MASTER Coordinator dah..Pakai kereta besar lagi..hasil usaha tanpa henti dia dengan bisnes shaklee..Nana pun teruja la dengan perkongsian dia mengenai SET HAMIL SHAKLEE..

Nana pun try la ESP+OStematrix+Bcomplex dan Vitalea, supplement basic IBU mengandung sebab Nana memang tak boleh nak telan ubat klinik, rasa lain macam..dag lebih 20minggu baru ambil Omega Guard untuk perkembangan otak bayi..

Hasilnya...sangat menakjubkan tau, Nana sebenarnya tak sedar pun perubahan..Nana cuma sedar bila bulan Puasa, Nana tak letih sangat, GASTRIK Nana hilang..Berat badan naik cantik je, yang paling best, kulit nana TAK KUSAM n KERING..Buku lali yang hitam tu pun pudar tau..best sangat rasa..Amik Ostematrix pun, kaki kurang kejang n Cramp..Seronoknya la haii..Alhamdulillah..check up semua ok..Baby lahir pun kulit bersih je..




Lepas bersalin pun boleh consume jugak shaklee ni, maklumlah ibu menyusukan anak kan selalu lapar, Nana bancuh dengan susu kambing atau milo..memang kenyang dan SUSU BADAN memang melimpah, rezeki anak-anak..Tambah-tambah plak makan ostematrix, sampai bengkak-bengkak susu kalau waktu pagi..


Nana suka bancuh dengan susu n madu



Semua ni rezeki Allah, kalau Allah tak tergerakkan hati Nana untuk cuba set Shaklee, Nana tak dapat rasa kebaikan set hamil, mesti Nana lemah je kan..Dengan kebaikan yang Nana dapatlah Nana share dengan kawan-kawan, sambil mendapat kebaikan, Nana dapat bonus plak hasil jualan..Best kan, Kebaikan dapat, bonus pun dapat..


Kalau mak-mak atau bakal mak-mak sedang mencari-cari set Hamil Shaklee, bolehlah hubungi Nana tau

POS seluruh MALAYSIA
COD KL-SERI KEMBANGAN-KUANTAN

Nana-0123972474


Sunday, 6 August 2017

Resepi Ikan Cermin Rebus Serai

August 06, 2017 2 Comments
Assalamualaikum..

Seronok ke cuti hujung minggu korang?Sis alhamdulillah, dapat bersama-sama anak-anak dan suami..Mak-mak PJJ camni lah..tiada saat yang paling best selain bersama keluarga..Nak balik tempat kerja tu rasanya cam berat hati je..Anak-anak nana tabah sangat..kalau anta nana naik bas..diorang faham..Ibu nak pergi kerja..tak menangis pun..siap salam peluk cium..Ibu plak yang sendu sedih nak tinggalkan anak..takpelah sayang-sayang ibu..doakan ibu cepat settle kerja-kerja phD ni ye..

Biasa kalau duduk rumah..nana akan masak special untuk family.heehe..jarang- makan sama- sama kan..kecuali kalau pegi jalan-jalan..tak larat nak masak..so makan luar..Tapi aritu Mr Shuben ajak pegi pasar beli lauk..so kene plan la nak masak apa untuk dia..nampak sotong..terus teringat mak mentua nana penah masak sotong rebus serai..dengan dakwat2 sekali..simple tapi sedap..makan ngn budu n cili..peh..meme sedak senggoti org klate kata..hehe..beli la sotong sikolo...sotong saiz kecik memang sesuai buat lauk tu..then nampak ikan cermin, adik ipar nana pun bagitau..ikan cermin pun sedap masak rebus serai....so nana pun nak try la..Mana tau suami suka jugak kan..




Inilah hasilnya..


Alhamdulillah...boleh la makan...kalau ada budu n lada mesti lagi sedap..First time buat kan..Jom nana share resepi..mudah sangat..

Ikan Cermin Rebus Serai

BAHAN-BAHAN

Ikan cermin atau bawal cermin 5 ekor (sederhana besar)
2 Batang Serai (sedehana besar diketuk)
Halia 1cm (diketuk)
Cili hidup 5 batang (kalau nak pedas)
Bawang Merah 1 labu (dihiris)
Bawang Putih 3 ulas (ketuk dan hiris)
Garam n gula secukup rasa

CARA-CARA
1. Ikan dibuang perut dan dibersihkan
2.Ambil periuk dan isi air sedikit setakat nak tenggelam ikan..jangan banyak sangat..Rebus bersama serai halia, bawang merah dan bawang putih, rebus sehingga mendidih. 
3. Masukkan ikan, kecilkan api, rebus sehingga ikan masak, jangan terlalu lama..perasakan dengan garam dan gula.
4. Siap..sedap dimakan bersama budu atau sambal belacan.

Mudah je kan...sedap pun sedap..simple..boleh diamalkan sebagai clean diet korang..tak berminyak..nampak..die katanyer..kenalah makan makanan kurang berminyak dan berkhasiat..Boleh la korang cuba kat rumah..


Selain itu, boleh jugak amalkan Omega Guard atau Lecithin untuk membantu menyingkirkan kolestrol dan lemak dari badan..Dah singkir..kenalah buang kan..nak mudah membuang, korang boleh amalkan Herblax atau Alfalfa..memang best.rase ringan je badan tau..

Jangan lupa hubung nana untuk maklumat lanjut tau☺
Visit my
FB page: nanachanteqstore
FB nana: nanajuliana


atau Whatsapp 0123972474

ok
xoxo



Thursday, 3 August 2017

Set Berpantang Shaklee

August 03, 2017 0 Comments
RAMADHAN YANG BERMAKNA
Kejap je masa berlalu..Kita akan bertemu Ramadhan kembali..Ya Allah temukanlah aku dengan Ramadhan..semoga lebih berkat dan dilimpahi rahmat kepada ku serta ahli keluarga..
Nak diikutkan..cukup 2 Tahun 2 bulan sejak melahirkan Aisyah pada April 2015👶👶
Masa tu jugak la Nana menggunakan sepenuhnya supplement Shaklee dari awal mengandung hinggalah tempoh berpantang..Time ni la Nana mula-mula amalkan Shaklee..sebab dapat banyak feedback positif..Sebab tu berani mencuba..Dah bramai kata best..mestilah kita pun nak cuba..untuk kesihatan badan kita Jugak..

GASTRIK PULIH DAN BERTENAGA
Time mengandungkan Aisyah..masa tu bulan puasa jugak..Time Adib pun bulan puasa jugak..Allahu..dengan panas....dengan gastrik..kerja n study..kadang2 muka sampai pucat sebab keletihan😩😩😩😩 So masa mengandungkan Aisyah..
Dari awal mengandung memang dah amalkan set Shaklee...time tu lagi la dengan anak kecik (Adib berumur setahun kalau tak silap) dan berada di trimester ke tiga..So masa amalkan set hamil shaklee...Nana ambil SET HAMIL sebab nak bertenaga dan nak pastikan nutrisi mencukupi untuk kandungan..maklumlah..Nana makan tak menentu kan..Rumah dah la Tingkat 4...Letih nak menapak..


TAPI menakjubkan..nana bukan rasa bertenaga je...Alhamdulillah..gastrik nana TAKDE..takde pedih perut2..boleh bertahan sampai berbuka..Bulan puasa time tu ponteng 2hari je kot..so kira ok la kan..Kalau tak masa study kat Matrik..Nana sampai pedih perut..sampai pengsan ok..Migrain takyah cakaplah..Nampak Tak..nana bukan dapat nutrisi TAPI bermacam-macam kebaikan dengan SET HAMIL.. Lepas tu berat nana terkawal tau..tak naik mendadak..cantik je graf..HB ok..takde kencing manis..Alhamdulillah syukur sangat😍😍😍Lepas bersalin..nana sambung makan shaklee sepenuhnya..amalan traditional pun buat..seperti bertungku n berbekung.. Alhamdulillah..berat cepat turun..dekat 20kg jugak..n memang kurus😛😛😛hehehe..berjaga malam pun tak letih..dengan Adib lagi kan..Alhamdulillah sangat2..susu cukup walaupun time tu nana sakit tak lalu nak makan..


ni la Siti Aisyah si baby shaklee..tembam ok Aisyah..gebooo..semua lemak ibu..bagi ke dia..sebab nana makan Omega Guard time ni..Comel kan..hihihi..Masa ni 3 bulan hingga 4 bulan camtu..tapi berat 7kilo lebih..


JATUH CINTA TERUSSSS.... Nana terus nak bertahan dengan Shaklee sebab kesan positif dia..Nana nak jadikan bisnes Shaklee sebagai pendapatan sampingan untuk bantu suami dan keluarga..banyak tau kelebihan Shaklee Nak tau kenapa? ✔Dapat kebaikan makanan tambahan semulajadi ✔Dapat bonus ✔Dapat untung runcit ✔Dapat kawan2 yang positif ✔Dapat reward dari leader ✔Dapat ilmu kesihatan ✔Boleh kongsi kebaikan dengan org lain dan banyak lagi❤❤❤ Terima kasih master Hana Lavender Rhea sebab kenalkan shaklee n sudi melayan macam karenah serta motivasi positif untuk terus berjaya.. Akhir kalam..Doakan nana juga berjaya seperti leader shaklee yang lain.. Nana pun nak merasa bonus 5 angka..Boleh bantu keluarga dan suami..Boleh bebas hutang.. Semoga semua sahabat Shaklee juga terus istiqomah dan tabah menghadapi dugaan dan akhirnya merasa nikmat kejayaan pada suatu hari nanti🌷🌷🌷 0123972474 Sis Trusted Shaklee Agen

Wednesday, 2 August 2017

Resepi Daging Masak Merah Simple but Marvelous

August 02, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Apa khabar semua..

Pagi-pagi sis bangun dengar azan subuh..berkobar-kobar numbuk lesung wat nasi goreng cili padi..hehehe..Maaf la jiran-jiran ye kalau subuh2 dah bising ngn lesung batu..

Boleh la wat bekal untuk sahabat-sahabat dirumah..senang je nak wat sedekah subuh ni..kalau xde duit..sedekah makanan...tenaga..kan sedekah jugak kan..

Siap-siap nak pergi keje..tetiba kete plak takleh start..huhuhu..nasib baik parking luar..kalau tak..naya je member nak gy keje takleh keluar kete..huhuhu..taktau la nape bateri ni cepat kong..kene anta cek wiring dah ni..huhuhu..

Nasib baik adik Qaseh tolong anta pegi kerja..tu la..orang kata..bila buat baik dengan orang..orang pun tak teragak-agak nak tolong tau..rezeki tu bukan bentuk wang ringgit..tapi dalam bentuk kasih sayang..sahabat yang baik hati di keliling kita..

Alhamdulillah di atas segala nikmat Allah beri..

Ok lah...pagi ni sis nak share resepi daging masak merah simple but marvelous gittew..hehehe..mudah je nak buat..janji rajin..kalau malas hiris daging tu,..sis takleh nak tolong la..jawabnyer..order je kat kedai..hehehe..jom kita tengok apa bahan-bahannyer



BAHAN-BAHAN

Daging 1/2 kilo (hiris nipis)
Cili kering kisar (2 sudu besar)
Halia 1/2 inci (hiris)
Serai 1 batang (ketuk)
Bawang putih 3biji (ketuk dan hiris)
Bawang Holland 1 biji (hiris)
Bawang Merah 1 labu (hiris)
Lada Benggala merah separuh (hiris) (optional)
Lada Merah 2 batang (hiris)
Lobak merah setengah batang (hiris bulat)
Lada cili 5biji (kalau nak pedas)
Sos cili 2 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Sos ikan 1 sudu kecil
garam dan gula secukup rasa (pandai adjust, kalau nk gula ye tambah)
minyak masak sikit untuk menumis
Daun limau purut (koyakkan, jangan amik urat tengah)
kacang panjang (potong memanjang pendek2) optional

CARA-CARA
1. Rebus dengan pewarna merah atau sirap sampai empuk dan toskan
2. Panaskan kuali dan letak minyak masak agak2 la untuk menumis.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai sampai naik bau, kemudian baru masukkan cili kering, tumis sampai cili kering masak atau terbit minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram kacau rata  dan tambah air rebusan daging sikit.
5. Masukkan lobak merah, lada cili dan daging rebus, kacau rata sehingga kuah kering sikit, ikut la..kalau nak kuah banyak ke nak kuah pekat ke..adjust tambah atau masak lama skit,biar sebati sos n daging rebus tu.Tambah sos ikan skit, kacau lagi n lagi..
6. Kuah dah comel, masukkan kacang panjang, lada merah, bawang holland, lada bengala, daun limau purut dan tambah garam n gula secukup rasa.
7. Kacau rata..agak-agak dah puas hati..tutup api..SIAP...

Makan dengan nasi panas, telur dadar..peehh..menambah 2@3 kali..mak mentua lalu pun tak sedar..gittewww marvelous la konon..

Ok..tu cara sis la..kalau korang ada tips nak sedapkan lagi..korang komen la..

Dah makan banyak??takut berat naik??takut kolestrol naik?

Jangan risau..sis ada jual supplement SHAKLEE..hehehe..bagitau je masalah ape..sis tolong..bukan nak bohong..

Ikhlas dari Kak Long nana_chanteq

xoxo



Follow Us @soratemplates